Dah banyak kali aku fikir. Couple ni boleh ke tak sebenarnye. Memang sebelum ini pun, aku dah tahu pasal ni. Tapi masa tu, aku tak amik kesah sangat. Lepas je aku clash dengan ex-boy aku, aku memang tak ade jalinkan relationship dengan sape-sape pun. Even, mase aku couple tu pun aku buat tak tahu je, sebab kiteorang memang sangat-sangat bukan macam couple. Kiteorang jarang sangat contact, die kat MCKK, aku kat Melaka. Aku tahu dia selalu contact kawan perempuan dia lebih dari aku sampai aku call dia pun (kalau time cuti, call dia kat telefon rumah) bila suruh dia teka dia bukan cakap nama aku, dia cakap nama kawan dia tu. Tu pun aku tak kesah.
Sekarang ni, bila tengok sahabat baik aku couple, aku macam teringin. Bukan sebab dia jelah, tapi atas kehendak sendiri jugak. Tapi aku cepat-cepat sedarkan diri, tentang satu artikel yang pernah aku baca. Yelah, kalau kite dah tahu sesuatu tu salah, tapi kite buat jugak, bukan ke namanya bodoh tu.
So, aku tekad nak jaga hati aku. Aku pergi balik kat laman web yang dari situlah aku tahu couple tu haram. Dekat I luv Islam.com.
Aku post kan kat facebook aku as a note. Dan aku dah settingkan kat situ, yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh baca note tu. Aku pun tak tahu kenapa aku macam tu dan aku sering macam tu bila sampai bab-bab macam ni.
Aku harap aku dapat tetapkan hati aku. Aku tahu aku dah banyak dosa, dan tak nak pula menambah dosa aku dengan melakukan zina yang setiap pasangan couple tu sendiri tak sedar yang mereka sedang melakukan zina, iaitu zina hati.
Walaupun kita couple yang konon-kononnya atas dasar Islam, tak jumpa, tak pegang-pegang, tak buat macam yang orang couple biasa buat, mesej pun tak jiwang-jiwang, memang totally jauh dari zina mata, zina tangan, dan zina kaki. Tapi zina hati? Sememangnya aku sedar, zina hati ini adalah satu-satunya zina yang paling sukar kita nak elakkan. Aku mengaku yang aku ini juga bukanah seorang yang kuat iman, lemah dalam agama, melakukan perubahan tak pernah nak istiqomah, membenci sesuatu hanya melalui hati dan itulah selemah-lemah iman. Aku jugak manusia biasa, kuat marah, selalu sakiti hati mak ayah. Kadang-kadang aku tahu benda itu salah, tapi aku tak pernah nak buang, malah selalu buat lagi adalah.
Dan aku berharap dengan tidak bercouple itu dapat membantu aku untuk kurang melakukan dosa. Aku mahu bawa sahabat-sahabat aku juga, tapi aku tak mampu. Tak mempunyai kekuatan. Malah aku takut juga kalau, aku sendiri yang akan melakukannya pula. Apa pulak kata mereka nanti?
Sahabat-sahabatku,
Bantulah aku membawa kamu semua ke jalan yang benar. Aku tahu aku tak sebaik mana. Aku juga insane biasa. Kamu kenal aku siapa. Aku bukan sahabat yang baik, aku tak alim, tak pakai tudung labuh, aku selalu buat salah. Aku juga seperti kamu. Tapi kalaulah kamu tahu hati aku. Bukan aku tak suka kamu menyulam kasih, kau tahu aku seperti apa. Aku sokong kamu dalam apa yang kamu buat, malah kadang-kadang terasa diri ini yang menggalakkan kamu bercinta. Aku ingin menegur kamu, tapi bagaimana? Mahukah kamu menerima nasihat insane kerdil seperti aku ini?
Sahabatku,
Aku juga suka bila melihat kau bahagia, di samping dia yang kau cinta. Malah sekarang aku lihat makin teruk sayang kau pada si dia, angau boleh dikatakan. Aku ingin bantu kau, bawa kau ke jalan yang benar tapi aku juga tersepit dalam keadaan sahabat yang perlu menyokong kau dari belakang. Aku sahabat yang kau percaya, segala kisah kau dan dia aku tahu (tak tahulah kalau kau ada merahsiakan sesuatu dari aku). Tapi aku menyokong kau ke jalan yang salah. Kau bercinta sahabatku. Aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan padamu tapi.. Sukar untuk aku meluahkan sahabat. Aku harap kau faham.
Aku masih seperti dulu, masih boleh bergelak tawa bersama, masih gila-gila macam dulu. Kau tahu tu kan? Sukar untuk aku menerangkan segalanya. Kerana aku tahu aku insane yang tidak pernah tidak melakukan kesalahan, menambah dosa. Kalaulah kau baca coretan aku ini sahabat. Oh..pasti tidak kerana aku merahsiakan kewujudan blog ini. Kalaulah kau tahu betapa aku sayang pada kau sahabat pada pertalian yang terjalin antara kita.
Aku tak ingin menjadi pemusnah hubungan kau dengan dia. Ya Allah, bagaimana inginku terangkan pada sahabatku ini. Dulu kau yang menyuruh aku berhenti bercinta atas dasar kita masih belajar. Aku terima itu sahabat. Tapi sekarang aku tahu lebih dari itu, aku tahu kenapa kita tak digalakkan bercinta. Tapi lidahku kelu untuk berkata-kata. Aku terlambat untuk menyedarkan kau. Aku sahabat yang tidak berguna. Tidak mampu untuk membimbing kau sahabat. Aku tidak layak bergelar seorang sahabat mahupun kawan. Aku hanya mampu mendengar, melihat. Aku tahu kau tidak melanggar batas-batas lelaki dan perempuan, tapi kalaulah kau tahu apa yang aku tahu. Kalaulah kau tahu aku mahu kau kembali seperti dulu. Aku harap kau membaca apa yang telah aku post di facebook aku. Aku mahu kau sedar sendiri kerana aku tahu aku tidak mampu untuk menegur kau. Bacalah sahabat dan tanyalah aku.
Ya Allah, bukakanlah hati sahabatku untuk membacanya ya Allah. Gerakkanlah hatinya untuk membca note yang aku telah postkan itu ya Allah. Hanya itu yang termampu aku lakukan. Moga terpalit hidayah walaupun sedikit atas sahabat aku itu. Bantulah aku ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment