May 17, 2010

best buddy

Hari ni (May 17, 2010, 2037), saya rase amat bahagia. Mendengar berita dari sahabat saya. Saya happy bile orang sekeliling saya happy. Walaupun kadang-kadang rase macam dah tak rapat macam dulu, tapi bile die kongsi cerita dengan saya, even sikit pun, dah cukup untuk rasekan yang saya masih lagi diperlukan. Saya tahu, ade sesetengah antara kami bersahabat yang walaupun rapat tapi tak ade kekuatan untuk berkongsi cerita dengan saya. Walaupun saya dah cuba untuk rapat dengan semua, supaya dapat berkongsi cerita dengan semua, tapi saya tahu, saya tak mampu. Bukan semua selesa nak bercerita dengan saya. Tapi tak ape, as long as, mereka semua bahagia, saya pun bahagia.

Buah hati sahabat saya hari ni dapat result, memang gempak gila. Hebat! Rase senang hati sebab sahabat dapat seseorang yang saya rase dah dapat menjamin masa depan yang cerah untuk beliau dan menyayangi beliau sesungguhnya. Saya tak nak sahabat saya bersedih sebab ditinggalkan lelaki. Sebab beliau tak pernah pun sebelum ni. Dan kalau boleh tak nak pun beliau rase pengalaman tu.

Sahabat risau sebab takut her lovely sweetheart pergi overseas. Tapi saya harap sahabat dapat berfikir masak-masak, kerana itu masa depan buah hati nya, juga mase depan mereka. Jangan risau sahabat, sebab kalau jodoh itu ada, die mesti akan kembali. Dalam tempoh menghadapi masa keseorangan, mase itu la sahabat-sahabatmu akan memainkan peranannya mengisi kekosongan itu. I’ll always support you no matter what, ok? Deal!

Sahabat-sahabat yang lain pulak, tak ade khabar berita pasal result diorang. Saya pulak tak tahu bile result-nye akan keluar..Haish..risau melanda landa hati ku ini. Semoga semua dapat result yang setimpal dengan usaha yang telah dikeluarkan.
insyaAllah..amin

No comments:

Post a Comment