Habis semester dua ni, aku dapat belajar benda baru. Yang mane, bila kawan kite solat, kite boleh tengok movie dengan sound yang bagi kite sudah cukup slow yang kite tahu dan rase sound tu dah cukup-cukup slow tapi yang paling pasti kite tidak tahu kawan kite yang sedang solat tu masih terganggu. Saya mahu tanya antara movie dengan kawan yang sedang bersolat, mana satu yang penting? Mana satu akan menjadi pilihan anda, pause kejap movie tu bukan tak boleh pun tengok kejap lagi yelah hormat roommate yang nak solat, kite dah la tak reti-reti nak solat kan ATAU ala..tengok jela movie tu die tengah solat je pun, rugi la tak tengok sekarang.
Yang mana satu? Ok fine, if tak nak pause, memang dah tekad sangat nak tengok jugak movie tu, kalau tak tengok kire macam boleh mati la gitu, boleh je nak tengok, pakai headphone sudah. Bukan nak tengok ramai-ramai pun. Awak sorang je yang melangok tengok movie tu. Fikirkan la pasal orang lain sikit. Mentang-mentang kite kat dalam bilik tak banyak songeh, die pijak pulak kepala kite. Kalau bab lain, kite boleh la tolak ansur sikit, tapi kalau bab-bab solat ni, sorry naik lori lah. Nak tegur direct kang, tak sedap pulak. Pandai-pandai fikir sendiri lah. Awak tu dah besarkan. Dah boleh tahu mane baik, mana buruk nya.
Lagi satu yang best-nye tak boleh bla ialah kita jugak boleh mengaji dengan nada yang rendah bagi menghormati kawan yang sedang menonton movie itu. Bagus kan? Atau dalam kata lain, ni sindiran lah. SINDIR! Tak reti-reti lagi? Orang yang mengaji tu pun reti nak slow-kan voice die, nak kasi anda dengar movie tu, nanti meninggal pulak tak tengok movie tu kan. So, faham-faham sendiri la nak slow-kan volume laptop anda tu. Nasib baik la faham kan. Kalau tak, tak tahu la nak buat macam mana lagi.
Amacam? Mencabar tak semester ni? Fuh! Tak tahu la semester depan macam mane. Dah la semester ni nak duduk dengan roommate lame tak dapat, harap-harap la next semester permohonan di-approve. Aku nak duduk sebilik dengan orang pilihan aku. Cewah! Demand tinggi nampak. Huhu. Kalau ade ape-ape nasihat atau pengalaman yang lebih kurang pasal ni, tak kesah dengan roommate ke classmate ke housemate ke coursemate ke boleh dikongsikan kat sini. Mari kite meluahkan perasaan. Mari! Hehe.
May 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment